George agak nakal Putera William

Rabu, 01 Januari 2014 0 komentar

London: Putera William berkata, bayinya George sebagai ‘agak nakal.’

Beliau juga mengaku kehidupannya berubah semenjak menjadi bapa.

Dalam wawancara pertamanya sejak kelahiran anaknya pada 22 Julai lalu, putera Britain itu berkata, beliau dan isteri, Catherine seronok memainkan peranan sebagai ibu bapa tetapi mengaku kehadiran George menyebabkan mereka sangat sibuk.

Bercakap kepada CNN mengenai gelagat George dalam wawancara yang disiarkan kelmarin, William berkata: “Dia agak nakal.”

WILLIAM dan Kate bersama George.

“Dia mengingatkan saya sama ada pada adik saya (Harry) atau diri saya sendiri ketika masih kecil.


William juga menyifatkan George sebagai ‘wira kecil.’

“Dia banyak menggeliat dan susah nak tidur dan itu yang menjadi masalah,” katanya. 

William, 31, yang menduduki tangga kedua senawari pewaris takhta Britain, mengaku tidak bangun pada waktu malam untuk melayan George sekerap isterinya.

“Catherine lebih hebat dalam melakukan tugas menjaga George,” katanya.

Mengenai perubahan dalam hidupnya sejak kelahiran George, William berkata: “Saya rasa beberapa minggu lalu buat saya adalah satu pengalaman yang berbeza.

“Sesuatu yang tidak pernah dijangka akan dialami. Dalam tempoh yang singkat banyak perkara yang berlaku memberi kesan yang berbeza kepada kehidupan saya.

Ketika ditanya mengenai detik dia dan Kate membawa George keluar dari hospital di London dan berdepan kamera buat kali pertama, William berkata, “Kami sangat gembira kerana George tidak menangis. ”

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 handsome